Events Calendar

Kelas Usahawan - Pemasaran Melalui WhatsApp Business
Thursday, March 31, 2022, 03:00pm - 04:30pm
Hits : 17
Contact +60105483831

KELAS-USAHAWAN-ASAS---WHATSAPP-BUSINESS

Location PEDi Felda Linggiu
Mengapa WhatsApp Business ini sangat-sangat digalakkan dalam penggunaan bisnes?:-
1. WhatsApp Business dapat membantu orang yang sibuk sehingga tidak dapat untuk membalas mesej pelanggan pada tepat pada masanya.
2. Dapat memasarkan lebih dari 5 produk atau 5 perkhidmatan untuk diiklankan.
3. Dapat menyediakan satu platform yang mudah untuk diakses oleh pelanggan yang menyimpan nombor anda.
4. Boleh mengasingkan nombor telefon peribadi dan nombor telefon bisnes dalam satu telefon tetapi berlainan WhatsApp.
5. WhatsApp Business lebih optimum untuk pengguna perniagaan dan dilengkapi dengan beberapa ciri berguna, yang dapat bermanfaat bagi dalam penggunaan bisnes.
6. Anda jenis yang malas membalas mesej soalan pelanggan yang remeh temeh seperti harga, lokasi premis, waktu operasi dan lain-lain, WhatsApp Business memudahkan kerja anda.
7. WhatsApp Business membenarkan anda untuk berniaga tanpa kena blok, dengan cara siar mesej kepada pelanggan secara berkala.
8. WhatsApp Business menyediakan ciri-ciri untuk membalas mesej pelanggan dengan cara tak perlu taip panjang-panjang, pendek, formal dan yang paling penting, secara automatik.
9. Banyak lagi yang anda akan belajar sepanjang sesi ini.

Melalui Kelas Usahawan - Pemasaran di WhatsApp Business, anda belajar :-
?Memuat turun aplikasi WhatsApp Business (secara percuma)
?Membuat satu akaun WhatsApp Business
?Membuat satu profil kedai sendiri di WhatsApp Business (termasuk waktu operasi, alamat dan lokasi premis, laman web)
?Membuat balasan automatik (jika anda lambat balas, WhatsApp akan balas bagi pihak anda)
?Membuat Balasan Cepat untuk memudahkan balas
?Membuat Label di WhatsApp untuk memudahkan carian
?Membuat Mesej Ucapan Selamat secara automatik untuk pelanggan baru yang mesej anda
?Membuat katalog produk di WhatsApp
?Membuat pautan Facebook & Instagram di WhatsApp
?Mendapatkan Barkod QR WhatsApp anda untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda dengan cara mengimbas tanpa simpan nombor telefon anda
?Mereka satu pautan WhatsApp dengan mesej khas

?Hanya perlu membawa telefon pintar (tak kisah Android mahupun iOS)
?Kumpul maklumat dan bawa bersama untuk bahan pemasaran sendiri (gambar produk & sijil SSM)
?Sijil penyertaan disediakan