BELAJAR ARTIFICAL INTELLIGENCE (AI)

Nama : Mohd Ariff Danial Bin Mohd Rizal
Umur : 15 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Danial merupakan anak sulung dalam adik beradik dan tinggal di Felda Linggiu. Beliau merupakan anak kepada Puan Salfazelin, seorang ibu tunggal yang menggalakkan anaknya ke NADI bagi memanfaatkan dan mempelajari komputer dan kelas ICT.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mendaftar sebagai ahli NADI pada tahun 2022 dan belum pernah menggunakan sebarang kemudahan ICT. Beliau hanya sekadar mendaftar atas desakan ibunya. Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, beliau tidak mempunyai asas dalam kemahiran menggunakan komputer dan agak pemalu untuk bertanya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau menyertai program NADI Felda Linggiu bersama pihak sekolah (SMK Linggiu) pada bulan Ogos yang lalu, dimana beliau mendahului rakan pelajar yang lain dalam memperoleh sebanyak 6 e-sijil hasil dari program e-Latih Microsoft Looking For Jobs yang diadakan oleh pihak NADI Felda Linggiu bersama pihak SMK Linggiu baru-baru ini. Beliau juga tidak ketinggalan menyertai program lain anjuran NADI iaitu Kelas AI Untuk Rakyat Bersama NADI dan berjaya memperoleh 2 Digital Badge AI iaitu ”AI Appreciate Badge & AI Aware Badge”. Pihak NADI mula mengesan potensi beliau apabila beliau memperoleh tempat Ketiga dalam Kuiz Online NADI Jiwa Merdeka yang dianjurkan oleh pihak NADI Felda Linggiu ketika program bulan Kemerdekaan berlangsung di Felda Linggiu, dimana program tersebut diadakan atas kerjasama pihak JPKK Felda Linggiu dan JKKR Felda Linggiu pada tahun 2024. Beliau juga berminat menyertai program-program lain yang diadakan oleh NADI Felda Linggiu, antaranya STEM Word Search dan Kelas Tutorial Logo AI. Beliau juga bakal bertanding dalam Pertandingan Mobile Legends (MLBB) e-Sports x NADI pada bulan Oktober 2024 dan beliau dilantik oleh rakan-rakan menjadi kapten dalam pasukan tersebut.

Klik Sini Untuk Gambar


BELAJAR MENGGUNAKAN PERANTI TABLET BROWSER

Nama          : Fatin Nurjannah binti Hairoldzam
Umur : 9 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Jannah merupakan anak bongsu dalam adik beradik dan tinggal di Felda Linggiu. Beliau masih bersekolah rendah dan seringkali singgah ke NADI apabila pulang dari sekolah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di NADI, beliau tidak mempunyai asas langsung dalam kemahiran menggunakan komputer mahupun tablet. Beliau seringkali ke NADI mengikut kakaknya ke NADI dengan tujuan hanya meneman sahaja pada mulanya. 

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di NADI pada Ogos 2023, beliau sangat berminat dalam menghadiri kelas-kelas ulangkaji pembelajaran menggunakan tablet untuk menjalani kelas e-pembelajaran yang diadakan oleh pihak NADI termasuklah eLatihan Kumon Matematik, Pembelajaran Asas Matematik, Latihan Ulangkaji Di Wordwall dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga sudah mahir menggunakan tablet bertujuan melayari bahan pembelajaran secara online dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas. Beliau juga sangat aktif sertai kelas lain di NADI iaitu kelas soft skill dan STEM, Critical Thinking: Bermain Teka Teki dan Pengenalan Asas STEM.

Klik Sini Untuk Gambar


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Nor Syazani Bin Nordin
Umur : 17 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Muhammad Nor Syazani merupakan cucu kepada peneroka Felda Linggiu. Beliau tinggal bersama-sama ibu serta datuk dan nenek beliau di Felda Linggiu. Beliau merupakan anak kedua dari empat orang adik beradik. Beliau masih bersekolah di SMK Linggiu dan merupakan Pelajar Khas di sekolah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau tidak mempunyai kemahiran berkomputer. Disebabkan beliau merupakan Pelajar Khas, beliau tidak terdedah secara langsung dalam dunia IT .

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada asalnya cikgu beliau memberi pendedahan dan mengajak beliau sebagai anak murid belajar di PEDi dan memberi pendedahan berkenaan kelebihan pembelajaran menggunakan komputer. Beliau sangat teruja dan mulai memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi sebaik-baiknya. Beliau juga aktif dalam mengikuti beberapa kelas ICT dan aktiviti yang dilakukan di PEDi termasuklah Menaip Surat, Menaip Petikan Khas, terlibat dalam aktiviti STEM dan banyak lagi.  Di samping itu, beliau juga sudah pandai mencari bahan belajar secara online dan jawab soalan-soalan pembelajaran di wordwall dan lain-lain dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas dan cikgu. Beliau juga sangat aktif dalam penggunaan computer dengan tujuan pembelajaran mahupun kerja sekolah yang diberi oleh guru. 

Klik Sini Untuk Gambar


BELAJAR MENGGUNAKAN PERANTI TABLET BROWSER

Nama : Yasmin binti Zamberi
Umur : 8 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Yasmin merupakan cucu kepada peneroka Felda Linggiu. Beliau merupakan anak angkat yang dijaga oleh Puan Aidahrohyani dan Encik Sopian. Beliau tinggal bersama-sama ibu bapa dan adik-beradik angkatnya yang lain di Felda Linggiu dan masih bersekolah rendah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau tidak mempunyai asas langsung dalam kemahiran menggunakan tablet. Beliau seringkali ke PEDi mengikut ibu angkatnya yang merupakan ikon usahawan kami pada 2022,  dan ketika itu umur beliau masih 6 tahun.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

 

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau sangat berminat dalam menghadiri kelas-kelas ulangkaji pembelajaran menggunakan tablet untuk menjalani kelas e-pembelajaran yang diadakan oleh pihak PEDi termasuklah e-Pembelajaran Santai Di Wordwall, e-Pembelajaran Word Search, e-Pembelajaran Bahasa Melayu, Soft Skill: Smart Technique Menghafal Sifir, eLatihan Congak Matematik dan banyak lagi.  Di samping itu, beliau juga sudah mahir menggunakan tablet bertujuan melayari bahan pembelajaran secara online dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas. Beliau juga sangat aktif menyertai pertandingan yang diadakan oleh pihak PEDi iaitu Pertandingan Video Ucapan Paling Kreatif Sempena Hari Kebangsaan 2023. 

Klik Sini Untuk Gambar


USAHAWAN BISNES MAKANAN

Nama : Rosnita Safar
Umur : 39 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puan Rosnita merupakan anak kelahiran Felda Linggiu yang mempunyai perniagaan kedai makan di Felda Linggiu. Minat yang mendalam untuk menceburi bidang ini disokong oleh ahli keluarganya dan beliau berniaga dengan bantuan daripada ahli keluarganya.
Beliau telah mula berniaga pada tahun 2016
dengan menjual kuih-muih sahaja dan menumpang di kedai orang.Setelah perniagaan beliau semakin di kenali, beliau memberi peluang pada diri dengan membuka gerai sendiri untuk meluaskan lagi perniagaan beliau. Beliau seorang yang sangat rajin mencari peluang perniagaan dan rajin menimba ilmu. Beliau juga mahir dalam membuat promosi tentang jualannya di dalam media sosial yang dimilikinya.   

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PEDi, beliau tidak pernah mengikuti kelas asas pemasaran produk dalam talian seperti Tik Tok. Sebelum menjual secara meluas di platform online, pendapatan bulanan beliau sekitar RM 2000.00 dengan menjual makanan di gerai. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan keusahawanan di PEDi, beliau kini telah berkeyakinan untuk memasarkan produk beliau secara terbuka.Beliau juga memberanikan diri mengambil tempahan-tempahan yang besar. Pelanggan yang membeli juga terdiri daripada pelbagai daerah dan lebih meluas. Beliau juga giat membuat promosi produk jualannya di dalam Facebook, group whatsapp dan status whatsapp miliknya dan suami. Pendapatan beliau juga meningkat sebanyak RM 3,000 termasuk jualan di gerai makan miliknya dan jualan di Tik Tok shop. 

 

Klik Sini Untuk Gambar