Syarikat D Zann Rich Enterprise yang diasaskan oleh Encik Dzahruzin Azarin Bin Abdul Jalil bersama Pengurus Puan Nurul Nadia Binti Iskandar - mula berniaga secara kecil-kecilan dengan hanya menjual ‘kepak ayam madu’. sebelum bermulanya Royal Grill Chicken (RGC). Beliau menyewa tapak di Cendol Bakar Drive Thru, Kuala Selangor, jualan hujung minggu mencecah 500 ketul kepak ayam madu sehari. Sasaran untuk memiliki 30 kiosk yang berkualiti di bawah jenama Royal Grill Chicken (RGC) pada 2015.

face


 

 

PENGUSAHA TIANG BATU 

Jika berkunjung ke Kampung Parit Mahang, pengunjung pastinya tertarik untuk melihat keunikan seni bina tiang batu yang diusahakan oleh Azmi bin Jalal. Beliau telah memulakan perniagaan ini kira-kira 8 tahun yang lalu bermodalkan kira-kira RM20,000.

Perusahaan tiang batu yang diusahakannya mendapat permintaan yang baik daripada mereka yang hendak membina atau mengubahsuai rumah. Untuk menghasilkan tiang batu, proses dimulakan dengan membancuh simen terlebih dahulu. Kemudian diikuti dengan proses memasukkan bahan bancuhan simen kedalam acuan yang disediakan. Setelah kering, acuannya dibuka dan dikeringkan selama 3 hari sebelum boleh dipasarkan.

Selain tiang batu, beliau turut membuat batu botol dan batu angin. Antara peralatan yang digunakan seperti mesin pembancuh simen, mesin angin, welding set, vibrator, tiang-tiang batudan nbsp yang telah siap kebiasaannya dijual dengan harga sekitar RM85 hingga RM95 mengikut ketinggian, saiz dan berat. Sambutan terhadap tiang batu, batu botol dan batu angin yang dihasilkannya amat menggalakkan dan berjaya dipasarkan sehingga ke Tanjung Malim dan Sabak Bernam.

Hasil kerja keras, beliau mampu memperolehi pendapatan kasar sehingga RM15,000 sebulan.