Kemudahan awam dan infrastruktur yang terdapat di Felda Linggiu boleh disifatkan sebagai sempurna dan lengkap. Hampir keseluruhan penduduk mendapat bekalan elektrik dan air yang mencukupi. Disamping itu, kemudahan-kemudahan asas seperti balairaya, dewan terbuka, taman permainan, padang bola, jalanraya berturap, masjid, sekolah kebangsaan, sekolah menengah dan sekolah agama turut terdapat di sini.

Selain daripada kemudahan asas yang terdapat di kawasan kampung, penduduk juga boleh mendapatkan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan lain seperti pusat dialisis, klinik kesihatan desa, pusat literasi, tadika dan pelbagai kedai yang berdekatan.

 

 masjid1  

Masjid Jamek Felda Linggiu

 

 

dewan-serbaguna2

Dewan Felda Linggiu