Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Felda Linggiu yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:

 

Batu Rock Kapak di Felda Linggiu 

 

BATU-FELDA-LINGGIU         Sumber Foto : Page Facebook Orang Kota Tinggi 

 

 

Taman Batu Di Felda Linggiu,sangat cantik untuk buat photoshoot perkahwinan, ootd raya, mahupun tempat bergambar sebagai kenangan. Batu ini berada di Jalan Jambu, Felda Linggiu. Pada asalnya batu-batu ni kecil sahaja,makin lama ianya menjadi semakin besar. Jadi orang kampung mengatakan ianya sebagai batu hidup. Pemandangan lanskap yang terhad ini, susah untuk dapat di luar bandar.
 
 
Gunung Muntahak di Bandar Petri Jaya
 
GUNUNG-MUNTAHAK-6
 
Gunung Tahah atau Gunung Muntahak menyimpan pelbagai khazanah alam semulajadi untuk tatapan generasi masakini khususnya para pengemar aktiviti lasak dan seni fotografi. Terletak di Bandar Petri Jaya iaitu kira-kira 25 kilometer dari bandar Kota Tinggi Gunung Muntahak dengan ketinggian 634 meter (2,080 kaki) dari aras laut serta memiliki air terjun sembilan tingkat setiasa menerima pengunjung terutamanaya penggemar aktiviti lasak dan suasana hutan. Dipelihara dan dijaga sebaik mungkin agar ianya kekal asli disamping keindahan dan keunikan air terjun sembilan tingkat yang menjadi destinasi pilihan golongan yang inginkan cabaran. Antara aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan disana adalah hiking, abseiling, mandi air terjun, perkhemahan, kayak (akan datang). Untuk mendapatkan maklumat dan khidmat Penunjuk Arah Gunung Tahah (PAGT) Bandar Petri Jaya hubungi talian 013-013-7795851 (Sharon)
 
 
Kota Rainforest Resort di Air Terjun Kota Tinggi

 

1    

 

Kota Rainforest Resort menawarkan pengalaman alam semulajadi yang mempesonakan. Tersembunyi di dalam hutan hujan tropika di Kota Tinggi, resort ini menawarkan kotej-kotej kayu peribadi serta sewa basikal.Dari Rainforest Resort Kota ia adalah 3 km ke Air Terjun Kota Tinggi (Air terjun). Resort ini terletak 45-minit pemanduan dari Johor Bahru. Pemindahan dari Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai boleh ditetapkan dengan bayaran. Setiap kotej berhawa dingin dan dilengkapi balkoni peribadi. Bilik mandi en suite mempunyai tandas dan pancuran mandi. TV dan telefon terdapat di beberapa bilik. Sebuah alat pengering rambut dan seterika disediakan. Kegiatan santai di Resort Kota Rainforest termasuk berakit, berenang di air terjun serta mengembara berjalan kaki di gunung. Resort ini mempunyai kolam renang dan kemudahan karaoke. Perhimpunan barbeku boleh diatur atas permintaan.Restoran di Kota Resort menyajikan makanan antarabangsa, masakan khas Cina dan mengaturkan barbeku di tepi sungai berdasarkan permintaan. 

 

RAF Point di Kampung Lukut 

2    

Raf Point yang  berkeluasan  14 ekar,  terletak  di  lot  9633,  9648 dan  9662 adalah  merupakan  kawasan  tarikan  pelancongan  baru  di Kg Lukut, Kota Tinggi. Kawasan  ini terletak didalam kawasan Daerah Kota Tinggi telah diusahakan sejak 2013 dibawah Parlimen Tenggara P155 dan telah dirasmikan oleh ahli parlimennya pada ketika itu Datuk Halimah Binti Mohamed  Sadique pada tahun 2016. Sebuah tempat yang menyediakan aktiviti luar yang lasak termasuklah aktiviti memanah, ATV, Flying Fox, Paint Ball, dan banyak lagi.

 

 

Gunung Panti di Kampung Lukut 

1

Sumber foto : laman sesawang rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Johor

Gunung Panti yang terletak berhampiran dengan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 456 meter (1,498 kaki). Gunung Panti mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Juga terdapat pelbagai jenis orkid yang skuar dijumpai di sini.