Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Felda Linggiu yang boleh dilawati dan diterokai, antaranya:
Batu Rock Kapak di Felda Linggiu
Sumber Foto : Page Facebook Orang Kota Tinggi
Kota Rainforest Resort menawarkan pengalaman alam semulajadi yang mempesonakan. Tersembunyi di dalam hutan hujan tropika di Kota Tinggi, resort ini menawarkan kotej-kotej kayu peribadi serta sewa basikal.Dari Rainforest Resort Kota ia adalah 3 km ke Air Terjun Kota Tinggi (Air terjun). Resort ini terletak 45-minit pemanduan dari Johor Bahru. Pemindahan dari Johor Bahru dan Lapangan Terbang Senai boleh ditetapkan dengan bayaran. Setiap kotej berhawa dingin dan dilengkapi balkoni peribadi. Bilik mandi en suite mempunyai tandas dan pancuran mandi. TV dan telefon terdapat di beberapa bilik. Sebuah alat pengering rambut dan seterika disediakan. Kegiatan santai di Resort Kota Rainforest termasuk berakit, berenang di air terjun serta mengembara berjalan kaki di gunung. Resort ini mempunyai kolam renang dan kemudahan karaoke. Perhimpunan barbeku boleh diatur atas permintaan.Restoran di Kota Resort menyajikan makanan antarabangsa, masakan khas Cina dan mengaturkan barbeku di tepi sungai berdasarkan permintaan.
RAF Point di Kampung Lukut
Raf Point yang berkeluasan 14 ekar, terletak di lot 9633, 9648 dan 9662 adalah merupakan kawasan tarikan pelancongan baru di Kg Lukut, Kota Tinggi. Kawasan ini terletak didalam kawasan Daerah Kota Tinggi telah diusahakan sejak 2013 dibawah Parlimen Tenggara P155 dan telah dirasmikan oleh ahli parlimennya pada ketika itu Datuk Halimah Binti Mohamed Sadique pada tahun 2016. Sebuah tempat yang menyediakan aktiviti luar yang lasak termasuklah aktiviti memanah, ATV, Flying Fox, Paint Ball, dan banyak lagi.
Gunung Panti di Kampung Lukut
Sumber foto : laman sesawang rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Gunung Panti yang terletak berhampiran dengan Kampung Lukut, Kota Tinggi, Johor mempunyai ketinggian setinggi 456 meter (1,498 kaki). Gunung Panti mempunyai hutan Dipterokarp Bukit. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan. Juga terdapat pelbagai jenis orkid yang skuar dijumpai di sini.