Tarikh : 19 Julai 2022
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 199 orang

 

Tujuan 

1. Bertujuan mempromosi PEDi dan memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang fungsi dan peranan PEDi

2. Menyediakan beberapa kemudahan kepada komuniti setempat dengan kemudahan dan servis dari agensi kerajaan yang dijemput

   
Aktiviti 

1. Pendaftaran pengunjung dan pendaftaran tiket cabutan bertuah

2. Taklimat dan promosi oleh PEDi (Pendaftaran ahli baru PEDi, sesi mempromosi servis perkhidmatan PEDi)

3. Taklimat oleh agensi jemputan. Antaranya ialah :

     -Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    -Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)

    -Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

    -Bank Simpanan Nasional (BSN)

    - Lembaga Tabung Haji

    -Perbadanan Tinggi Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)

    -Flex PTP Sdn Bhd

    -Giatmara Tenggara

    -Johor Development Skills (Puspatri)

    -SRZ Padu Consultant (Akademi Vokasional McDonald)

4. Taklimat dan promosi oleh Ikon Usahawan PEDi

5. Dalam masa yang sama, beberapa pertandingan dijalankan serentak iaitu Pertandingan Mewarna oleh Pusat Literasi, Tadika dan Pra Sekolah, dan Pertandingan Masakan Kreatif bertemakan Rendang oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Linggiu

6. Ketibaan tetamu kehormat Wakil TM Encik Zauqi, DRM MSD Wilayah Selatan Encik Alhafiz Mustapha, Ketua Kampung Tuan Mahadir Mohd Tahar, Pengurus Felda Encik Sahrolfarizal bin Mohd Noor dan Pengerusi Masjid Ustaz Abdul Halim bin Abdullah dan membuat lawatan ke PEDi

7. Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Johor

8. Bacaan doa oleh Pengerusi Masjid Felda Linggiu, Ustaz Abdul Halim bin Abdullah

9. Ucapan aluan oleh Pengurus PEDi Felda Linggiu, Cik Nur Fadzlin binti Haji Maarus diikuti oleh Pengurus Felda Linggiu, Encik Sahrolfarizal bin Mohd Noor dan terakhir sekali ucapan oleh Ketua Kampung Felda Linggiu, Tuan Mahadir bin Mohd Tahar

10. Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti Program Awal HBK iaitu kuiz, pertandingan, sukaneka, dan explorace. Penyampaian hadiah diteruskan untuk pertandingan yang dijalankan pada hari tersebut iaitu untuk Pertandingan Masakan Kreatif dan Pertandingan Mewarna 11. Cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada tetamu VVIP dan agensi jemputan

12.Jamuan VVIP dan bersurai

Gambar Disini