Tarikh : 19 Ogos 2022
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

1. Mendedahkan peserta dengan platform sosial media yang sedang trending bagi memaksimumkan target pemasaran dan pembeli

2. Memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada para usahawan setempat cara-cara bagaimana ingin setup kedai online iaitu Tiktok Shop

   
Aktiviti 

1. Petugas menyiap sediakan tablet untuk kegunaan usahawan yang bakal datang untuk belajar

2. Petugas setup Smart TV untuk menayangkan / memancarkan skrin tablet 

3. Petugas memulakan kelas dengan memastikan usahawan sudah pun mempunyai akaun Tiktok 

4. Petugas meminta usahawan memuat turun aplikasi Tiktok Seller Center dari Google Play Store 

5. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara hendak setup kedai sendiri bermula dengan sign up  akaun seller, verify akaun seller dengan cara upload dokumen seperti kad pengenalan atau sijil SSM, kemaskini alamat penghantaran, nombor telefon, email, akaun bank, pautkan akaun Tiktok kepada Seller Center, tambah produk ke dalam kedai, pautkan beg kuning pada video dan banyak lagi

6. Sambil memberi tunjuk ajar kepada usahawan, serentak mereka terus mencuba

Gambar Disini