Tarikh 03 Oktober 2023
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

1) Berkongsi cara untuk membuka akaun ezbiz SSM.

2) Tutorial pembukaan akaun ezbiz SSM dan pendaftaran perniagaan melalui SPPP.

3) Usahawan mempelajari cara bagaimana untuk membuka akaun ezbiz sendiri di laman sesawang SSM dari A sampai Z.

4) Usahawan diberi pendedahan bahawa terdapat skim yang dinamakan SPPP untuk golongan usahawan B40 bagi mendaftarkan perniagaan secara percuma.

   
Aktiviti 

1) Usahawan diberi tunjuk ajar tutorial cara membuka akaun ezbiz, bermula dari memuatnaik dokumen sokongan seperti kad pengenalan diri, lessen memandu/sijil kelahiran beserta gambar memegang kad pengenalan diri untuk pengesahan diri.

2) Usahawan juga diberi tunjuk ajar untuk membuat temujanji di laman sesawang SSM bagi pengesahan diri secara video call dari pihak SSM.

3) Usahawan juga mempelajari cara mendaftarkan perniagaan dari bermulanya nama perniagaan sehingga pembayaran.

Gambar Disini