Tarikh : 15 November 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 23 orang

 

Tujuan 

1. Memperluaskan pengetahuan STEM di kalangan kanak-kanak seawal 3 tahun

2. Membentuk minat kanak-kanak seawall 3 tahun cenderung ke arah STEM dan reka cipta

3. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal 3 tahun, bagaimana sebuah kapal selam berupaya tenggelam dan timbul menggunakan ilmu sains daya keapungan

4. Membuka pemikiran kanak-kanak dengan lebih jauh kedepan dan menghubungkan sel-sel otak ke arah sains dan alam sekitar

   
Aktiviti 

1. Petugas membuat persediaan aktiviti dengan menyediakan beberapa peralatan seperti gambar kapal selam dicetak dari internet, gunting, pensil warna, klip kertas, salotape, botol air mineral dan straw

2. Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana cara hendak menghasilkan kapal selam yang berupaya tenggelam timbul di dalam botol berisi air

3. Aktiviti dimulakan dengan mewarna kapal selam, balut lukisan kapal selam yang siap diwarnakan menggunakan salotape, gunting dan tampal straw belakang kapal selam, sangkut klip kertas pada straw

 4. Isi botol air mineral dengan air paip, masukkan set kapal selam

5. Petugas membuat demonstrasi teknik tenggelam timbul kapal selam dengan cara memicit botol untuk kapal selam tenggelam dan lepaskan botol untuk kapal selam berada di permukaan air

Gambar Disini