BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Mariyanna Binti Kamis
Umur : 45 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puan Mariyanna merupakan anak kepada peneroka Felda Linggiu. Beliau merupakan seorang isteri, suri rumah bekerjaya dan merupakan seorang ibu kepada 5 orang anak lelaki. 

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau pernah mengikuti kelas komputer secara online di luar. Namun kerana ilmu itu jarang digunakan dan hanya mempunyai kemahiran berkomputer yang asas, pencapaian beliau dalam penggunanaan ICT semakin berkurangan. Oleh kerana itu, beliau mencari inisiatif lain dan mula hadir dan aktif dalam kelas-kelas dan aktiviti yang di anjurkan di PEDi Felda Linggiu sejak tahun 2023.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri kelas secara bersemuka di PEDi Felda Linggiu, beliau lebih memahami dan lancar dalam penggunaan internet dan komputer. Oleh kerana belaiu mempunyai hobi dan minat yang mendalam dalam bidang penulisan, beliau menguasai penggunaan ‘Microsoft Word,Microsoft Excel dan Microsoft Power Point’ dengan cepat.Beliau kini lebih cenderung ke arah mencari ilmu dan pengalaman baru dalam bidang komputer bagi mengasah lagi bakat penulisan beliau. Beliau juga berhasrat untuk menghasilkan ebook yang pertama. Beliau ingin dikenali sebagai ‘ Anna Tinta Emas’.

 

Klik Sini Untuk Gambar


USAHAWAN BISNES PRODUK KECANTIKAN & KESIHATAN, MAKANAN

Nama : Noraidah Ithnin
Umur : 43 tahun
Ahli : 2022

 

Latar belakang

Puan Noraidah merupakan anak kelahiran Felda Linggiu dan merupakan reseller produk kecantikan serta mengusahakan produk makanan sendiri seperti ketupat palas, laksa penang dan telur pindang. Minat yang mendalam untuk menceburi bidang ini disokong oleh ahli keluarganya dan beliau berniaga dengan sokongan moral daripada ahli keluarganya. Beliau telah mula berniaga pada tahun 2020, seorang yang sangat rajin mencari peluang perniagaan dan rajin menimba ilmu. Beliau juga mahir dalam membuat promosi tentang jualannya di dalam media sosial yang dimilikinya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menjadi ahli PEDi, beliau tidak pernah mengikuti kelas asas pemasaran produk dalam talian seperti Shopee dan Tik tok. Sebelum adanya PEDi Felda Linggiu, beliau tidak pernah mengikuti sebarang aktiviti yang memasarkan produk secara online.  Sebelum menjual di online platform seperti Tik Tok Shop, pendapatan bulanan beliau sekitar RM 1,000.00 dengan menjual makanan dan produk kecantikan di status Whatsapp dan rakan sekitar sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas dan latihan keusahawanan serta kelas perkomputeran di PEDi, beliau kini telah mampu memasarkan produk dropshipnya di dalam Tik Tok Shop. Pelanggan yang membeli juga terdiri dari serata negeri dan lebih meluas, hasil daripada video-video produk yang dihasilkan di Tiktok. Beliau juga giat membuat promosi produk jualannya di dalam Facebook page, group dan status Whatsapp miliknya. Pendapatan beliau juga meningkat sebanyak RM 2,500 termasuk jualan melalui Tik Tok Shop.

 

Klik Sini Untuk Gambar 


 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama Leevasiny A/P Rajan
Umur : 13 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Leevasiny merupakan cucu kepada peneroka Felda Linggiu. Beliau merupakan anak sulung daripada 3 orang adik-beradik. Beliau tinggal bersama-sama ibu bapa dan adik-beradiknya yang lain di Felda Linggiu dan masih bersekolah menengah.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau hanya mempunyai kemahiran berkomputer yang asas. Selain itu, beliau juga banyak membuat rujukan tentang pembelajarannya menggunakan buku rujukan yang dibekalkan di sekolah sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menjadi ahli di PEDi, beliau sangat memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi sebaik-baiknya. Beliau juga aktif dalam mengikuti beberapa kelas ICT dan aktiviti yang dilakukan di PEDi termasuklah Kelas Tutorial Nota Efisyen, Bacaan Nilam Online, dan banyak lagi. Di samping itu, beliau juga sudah mampu membuka laman sesawang Flip yang diingini bagi tujuan melayari bahan bacaan secara online dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas. Beliau juga sangat aktif dalam penggunaan computer dengan tujuan pembelajaran mahupun kerja sekolah yang diberi oleh guru.

 

Klik Sini Untuk Gambar


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Siti Nurhariza binti Faisal Riza
Umur : 13 tahun
Ahli : 2023

 

Latar belakang

Siti Nurhariza merupakan cucu kepada peneroka Felda Linggiu. Beliau tinggal bersama-sama ibu bapa dan adik-beradiknya di Felda Linggiu dan masih bersekolah menengah di SMK Linggiu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan beliau dalam menjadi ahli di PEDi, beliau hanya mempunyai kemahiran berkomputer yang asas. Selain itu, beliau juga banyak membuat rujukan tentang pembelajarannya menggunakan buku teks sekolah Sahaja dan lebih kepada manual.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Hasil ajakan rakan baiknya Leevasiny, bercerita dan sebarkan kebaikan PEDi, beliau mula mendaftar sebagai ahli di PEDi. Beliau sangat teruja dan mulai memanfaatkan peralatan dan perkhidmatan yang ditawarkan di PEDi sebaik-baiknya. Beliau juga seperti rakan baiknya, aktif dalam mengikuti beberapa kelas ICT dan aktiviti yang dilakukan di PEDi termasuklah Kelas Tutorial Nota Efisyen, Bacaan Nilam Online, dan banyak lagi.  Di samping itu, beliau juga sudah mampu membuka laman sesawang Flip yang diingini bagi tujuan melayari bahan bacaan secara online dengan sendirinya tanpa dibantu oleh petugas. Beliau juga sangat aktif dalam penggunaan komputer dengan tujuan pembelajaran mahupun kerja sekolah yang diberi oleh guru. 

 

Klik Sini Untuk Gambar