Tarikh : 12 Januari 2023
Masa : 8.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : SMK Semenchu
Peserta : 141 orang

 

Tujuan 

1. Meningkatkan kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang keburukan oversharing di sosial media

2. Memberi pendedahan tentang buli siber di kalangan semua di sosial media

   
Aktiviti 

1. Aktiviti secara indoor dan outdoor telah dijalankan oleh petugas-petugas PEDi Kluster Kota Tinggi untuk pelajar-pelajar SMK Semenchu

2. Talk diberi oleh petugas PEDi dan dalam masa yang sama, beberapa soalan telah pun diaju bagi memastikan pelajar-pelajar faham tentang isi penyampaian

3. Penyampaian hadiah dan cenderahati kepada pelajar dan guru setelah selesai kuiz

4. Sesi bergambar dan bersurai

Gambar Disini

Tarikh : 17 Disember 2022
Masa : 7.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Masjid Felda Linggiu
Peserta : 42 orang

 

Tujuan 
Ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam lelaki bila tiba masa
   
Aktiviti 

1. Ketibaan peserta berkhatan & pendaftaran (peserta berbaju melayu)

2. Taklimat daripada Pegawai Kesihatan dan tukang khatan

3. Ketibaan jentera bomba

4. Peserta turun melalui tangga masjid

5. Berarak dari simpang sekolah agama ke masjid semula diiringi dengan paluan kompang 

6. Peserta didukung oleh bapa/ penjaga semasa berarak (digalakkan)

7. Peserta dimandikan oleh bomba

8. Peserta dikehendaki menyalin t-shirt dan kain pelikat yang akan disediakan

9. Sarapan pagi dan proses berkhatan bermula

Gambar Disini

Tarikh : 4 - 7 Disember 2022
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu (Online)
Peserta : 34 orang

 

Tujuan 
Supaya dapat mengenali dan mengetahui dengan lebih mendalam tentang Rasulullah S.A.W
   
Aktiviti 
1. Pengurus PEDi membuat kuiz sendiri menggunakan Kahoot dimana kuiz terbabit mengandungi semua tentang baginda Rasulullah S.A.W

2. Petugas mewar-warkan poster kuiz supaya sesiapa sahaja boleh menyertai kuiz tersebut untuk had umur 17 tahun dan kebawah sahaja

3. Kuiz bermula pada 4 Disember 2022 dan berakhir pada 7 Disember 2022 jam 12 tengahari

4. Mana-mana peserta yang mendapat 3 tangga markah tertinggi dipilih sebagai pemenang

Gambar Disini

Tarikh : 10 Disember 2022
Masa : 7.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Masjid Felda Linggiu
Peserta : 350 orang

 

Tujuan 

1. Antara acara tahunan peringkat Felda Linggiu yang dijayakan bersama agensi yang lain di Felda Linggiu seperti JPKK, KRT, KAF, RELA, Masjid, GPW, MBF dan PEDi

2. Menzahirkan rasa kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W

   
Aktiviti 
1. Perarakan bermula seawal jam 7 pagi

2. Selain pertandingan kuiz online oleh PEDi, terdapat pelbagai acara yang dipertandingkan antaranya ialah pertandingan banner/bunting paling kreatif, tulisan khat tercantik, ejaan jawi paling tepat, pertandingan hafazan, azan dan iqamah, pertandingan nasyid dan banyak lagi yang diadakan oleh pihak FELDA dan masjid

3. Ketibaan tetamu VVIP, Ahli Parlimen Tenggara, YB Manndzri bin Nasib, penceramah, pemimpin-pemimpin kampung serta penduduk setempat 4. Ceramah oleh penceramah jemputan

5. Secara serentak, beberapa pertandingan dijalankan seiring majlis berjalan

6. Penyampaian hadiah untuk semua pertandingan yang telah diadakan

7. Kuiz yang dianjurkan oleh PEDi dijalankan secara online bermula pada 4 Disember 2022 dan berakhir pada 7 Disember 2022 jam 12 tengahari

8. Mana-mana peserta yang mendapat 3 tangga markah tertinggi dipilih sebagai pemenang dan hadiah disampaikan pada majlis penyampaian hadiah di penghujung majlis

Gambar Disini

Tarikh : 4 Disember 2022
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 48 orang

 

Tujuan 
Untuk merangsang minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui suasana pembelajaran secara interaktif dan lebih ke arah ICT dan digital.
   
Aktiviti 
1. Pengurus PEDi membuat kuiz sendiri menggunakan Kahoot dimana kuiz terbabit mengandungi silibus pendidikan untuk pelajar seawal 5 - 6 tahun.

2. Pelajar dibentukkan kepada beberapa kumpulan untuk membentuk kerjasama menjawab soalan kuiz.

3. Kuiz ditayangkan di skrin Smart TV dimana pelajar pula akan menggunakan tablet dan komputer masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi.

Gambar Disini