Tarikh : 4 Julai 2023
Masa : 10.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 23 orang

 

Tujuan 

Untuk menarik perhatian dan melatih pelajar untuk stay focus

   
Aktiviti 

1. Petugas memilih satu movie yang mudah jalan ceritanya dan menayangkan cerita tersebut di skrin Smart TV

2. Memberi 5 soalan terlebih dahulu dimana jawapan kepada soalan tersebut terdapat pada jalan cerita dalam movie yang ditayangkan

3. Pelajar terbabit menonton movie terbabit sehingga habis

4. Petugas menawarkan mana-mana pelajar yang ada jawapan untuk soalan tadi

5. Rata-rata pelajar dapat menjawab soalan kerana mereka fokus pada jalan cerita yang cuba disampaikan dalam movie tersebut

Gambar Disini

Tarikh : 4 Julai 2023
Masa : 9.45 pagi - 10.15 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 23 orang

 

Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada pelajar seawal umur 3 – 4 tahun untuk membuat satu tangan robotik yang dihasilkan sendiri sekaligus dapat menimbulkan perasaan ingin mencuba dalam diri mereka.

2. Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

3. Meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

   
Aktiviti 

1. Petugas menyediakan sebuah lukisan tangan di atas kertas kraf yang telah siap digunting kepada setiap seorang pelajar

2. Pelajar perlu tape setiap potongan straw yang siap digunting mengikut saiz ke atas jari-jari tangan tersebut

3. Dengan bantuan petugas dan guru mereka, benang-benang dimasukkan ke dalam setiap straw menggunakan lidi

4. Ikat setiap hujung benang untuk penanda hujung

5. Setelah selesai, petugas membuat demontrasi bagaimana tangan robotik berfungsi

Gambar Disini

 

 

 

 

Tarikh : 2 Julai 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

1. Membantu pelajar seawal 3-4 tahun untuk bertutur dengan menggunakan sebutan yang betul dan tepat.

2. Memberi pendedahan awal kepada murid sebelum melangkah ke peringkat sekolah rendah.

   
Aktiviti 

1. Menggunakan tablet sambal belajar.

2. Sebutan bunyi fonic dalam pembelajaran lebih memudahkan pelajar dalam aktiviti pembelajaran.

Gambar Disini

Tarikh : 4 Julai 2023
Masa : 9.00 pagi - 9.45 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 23 orang

 

Tujuan 
Untuk merangsang minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui suasana pembelajaran secara interaktif dan lebih ke arah ICT dan digital.
   
Aktiviti 

1. Pengurus PEDi membuat kuiz sendiri menggunakan Kahoot dimana kuiz terbabit mengandungi silibus pendidikan untuk pelajar seawal 3 – 4 tahun.

2. Pelajar dibentukkan kepada beberapa kumpulan untuk membentuk kerjasama menjawab soalan kuiz.

3. Kuiz ditayangkan di skrin Smart TV dimana pelajar pula akan menggunakan tablet masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi.

Gambar Disini

Tarikh : 25 Jun 2023
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Linggiu
Peserta : 55 orang

 

Tujuan 
Pameran STEM IOT ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penyampaian ilmu yang tidak formal tentang pendidikan STEM kepada masyarakat setempat
   
Aktiviti 

1. Petugas menyiapkan terlebih dahulu beberapa unit projek STEM IOT untuk dipamerkan pada hari karnival

2. Pengunjung booth PEDi dapat menyaksikan demontrasi beberapa unit projek STEM IOT yang dihasilkan oleh ahli dan petugas PEDi. Antara projek yang didemontrasikan adalah Mini Dryer @ Mesin Pengering Mini dan juga Mini Vacuum Cleaner

3. Selain itu, pengunjung berpeluang mencuba Dryer dan Vacuum Cleaner tersebut, sekaligus PEDi mengambil kesempatan mempromosikan beberapa kelas/kursus STEM IOT yang diadakan di PEDi

Gambar Disini