Tarikh : 19 Ogos 2022
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 

1. Mendedahkan peserta dengan platform sosial media yang sedang trending bagi memaksimumkan target pemasaran dan pembeli

2. Memberi tunjuk ajar dan penerangan kepada para usahawan setempat cara-cara bagaimana ingin setup kedai online iaitu Tiktok Shop

   
Aktiviti 

1. Petugas menyiap sediakan tablet untuk kegunaan usahawan yang bakal datang untuk belajar

2. Petugas setup Smart TV untuk menayangkan / memancarkan skrin tablet 

3. Petugas memulakan kelas dengan memastikan usahawan sudah pun mempunyai akaun Tiktok 

4. Petugas meminta usahawan memuat turun aplikasi Tiktok Seller Center dari Google Play Store 

5. Petugas memberi tunjuk ajar cara-cara hendak setup kedai sendiri bermula dengan sign up  akaun seller, verify akaun seller dengan cara upload dokumen seperti kad pengenalan atau sijil SSM, kemaskini alamat penghantaran, nombor telefon, email, akaun bank, pautkan akaun Tiktok kepada Seller Center, tambah produk ke dalam kedai, pautkan beg kuning pada video dan banyak lagi

6. Sambil memberi tunjuk ajar kepada usahawan, serentak mereka terus mencuba

Gambar Disini

Tarikh : 19 Julai 2022
Masa : 9.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 199 orang

 

Tujuan 

1. Bertujuan mempromosi PEDi dan memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang fungsi dan peranan PEDi

2. Menyediakan beberapa kemudahan kepada komuniti setempat dengan kemudahan dan servis dari agensi kerajaan yang dijemput

   
Aktiviti 

1. Pendaftaran pengunjung dan pendaftaran tiket cabutan bertuah

2. Taklimat dan promosi oleh PEDi (Pendaftaran ahli baru PEDi, sesi mempromosi servis perkhidmatan PEDi)

3. Taklimat oleh agensi jemputan. Antaranya ialah :

     -Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

    -Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)

    -Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

    -Bank Simpanan Nasional (BSN)

    - Lembaga Tabung Haji

    -Perbadanan Tinggi Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN)

    -Flex PTP Sdn Bhd

    -Giatmara Tenggara

    -Johor Development Skills (Puspatri)

    -SRZ Padu Consultant (Akademi Vokasional McDonald)

4. Taklimat dan promosi oleh Ikon Usahawan PEDi

5. Dalam masa yang sama, beberapa pertandingan dijalankan serentak iaitu Pertandingan Mewarna oleh Pusat Literasi, Tadika dan Pra Sekolah, dan Pertandingan Masakan Kreatif bertemakan Rendang oleh Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Linggiu

6. Ketibaan tetamu kehormat Wakil TM Encik Zauqi, DRM MSD Wilayah Selatan Encik Alhafiz Mustapha, Ketua Kampung Tuan Mahadir Mohd Tahar, Pengurus Felda Encik Sahrolfarizal bin Mohd Noor dan Pengerusi Masjid Ustaz Abdul Halim bin Abdullah dan membuat lawatan ke PEDi

7. Nyanyian lagu Negaraku dan Negeri Johor

8. Bacaan doa oleh Pengerusi Masjid Felda Linggiu, Ustaz Abdul Halim bin Abdullah

9. Ucapan aluan oleh Pengurus PEDi Felda Linggiu, Cik Nur Fadzlin binti Haji Maarus diikuti oleh Pengurus Felda Linggiu, Encik Sahrolfarizal bin Mohd Noor dan terakhir sekali ucapan oleh Ketua Kampung Felda Linggiu, Tuan Mahadir bin Mohd Tahar

10. Penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi aktiviti Program Awal HBK iaitu kuiz, pertandingan, sukaneka, dan explorace. Penyampaian hadiah diteruskan untuk pertandingan yang dijalankan pada hari tersebut iaitu untuk Pertandingan Masakan Kreatif dan Pertandingan Mewarna 11. Cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada tetamu VVIP dan agensi jemputan

12.Jamuan VVIP dan bersurai

Gambar Disini

Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Linggiu
Peserta : 15 orang

 

Tujuan 
Bertujuan meningkatkan kecerdasan dan mengeratkan silaturrahim sesama peserta yang menyertai sukaneka
   
Aktiviti 

1. Terdapat 3 sukan yang disiapkan oleh petugas dan sukarelawan untuk para peserta

2. Antaranya ialah bowling kampung, belon air dan bawa botol berisi air menggunakan tali

3. Terdapat 3 kumpulan yang menyertai, iaitu peserta dari belia kampung dan Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Felda Linggiu

4. Kumpulan terawal yang pantas menyiapkan tugasan sukan dikira pemenang

Gambar Disini

Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 11.30 pagi - 1.30 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Linggiu
Peserta : 36 orang

 

Tujuan 
Bertujuan meningkatkan kecerdasan dan daya tumpuan remaja yang menyertai explorace
   
Aktiviti 

1. Terdapat 5 checkpoints yang disiapkan oleh petugas dan sukarelawan untuk para peserta

2. Antaranya ialah :

     i. Dam Domino Combo

    ii. Lompat Tali Paling Banyak

    iii. Puzzle Solving

    iv. Number Formation

    v. Persembahan Lagu Pasukan Paling Kreatif

3. Terdapat 5 kumpulan yang menyertai, berumur antara 9 tahun hingga 16 tahun

4. Kumpulan terawal yang pantas menyiapkan tugasan dan markah paling tinggi dalam persembahan lagu pasukan dikira pemenang

Gambar Disini

Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi
Lokasi : Dewan Serbaguna Felda Linggiu
Peserta : 19 orang

 

Tujuan 
Bertujuan meningkatkan kecerdasan dan daya tumpuan kanak-kanak yang menyertai sukaneka
   
Aktiviti 

1. Terdapat 3 sukan yang disiapkan oleh petugas dan sukarelawan untuk para peserta

2. Antaranya ialah membawa bola pingpong dalam sudu, menarik bola menggunakan gelung rotan dan mengisi air ke dalam botol menggunakan span

3. Terdapat 5 kumpulan yang menyertai, iaitu peserta dari Pusat Literasi, Tadika dan Pra Sekolah

4. Kumpulan terawal yang pantas menyiapkan tugasan sukan dikira pemenang

Gambar Disini