Tarikh : 5 April 2022
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 5 orang

 

Tujuan 
Membantu komuniti Felda Linggiu untuk memohon pengeluaran Khas KWSP
   
Aktiviti 
1. Membantu untuk membuat permohonan pengeluaran.

2. Membantu membuka i-akaun.

3. Membantu mengemaskini i-akaun.

4. Membantu menyemak baki simpanan.

Gambar Disini

 

Tarikh : 31 Mac 2022
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Mempelajari dan mendedahkan secara menyeluruh tentang ciri-ciri kepenggunaan applikasi WhatsApp Business dalam dunia perniagaan selain berkongsi dan mengajar usahawan cara-cara untuk menyediakan satu profil perniagaan dalam WhatsApp Business.
   
Aktiviti 

1. Memuat turun aplikasi WhatsApp Business (secara percuma)

2. Membuat satu akaun WhatsApp Business

3. Membuat satu profil kedai sendiri di WhatsApp Business (termasuk waktu operasi, alamat dan lokasi premis, laman web)

4. Membuat balasan automatik (jika anda lambat balas, WhatsApp akan balas bagi pihak anda)

5. Membuat Balasan Cepat untuk memudahkan balas

6. Membuat Label di WhatsApp untuk memudahkan carian

7. Membuat Mesej Ucapan Selamat secara automatik untuk pelanggan baru yang mesej anda

8. Membuat katalog produk di WhatsApp

9. Membuat pautan Facebook & Instagram di WhatsApp

10. Mendapatkan Barkod QR WhatsApp anda untuk memudahkan pelanggan menghubungi anda dengan cara mengimbas tanpa simpan nombor telefon anda

11. Mereka satu pautan WhatsApp dengan mesej khas

Gambar Disini

 

 

 

Tarikh : 6, 13, 18, 25 Mac 2022
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu (Online)
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Kelas ini adalah e-tuisyen yang diajar oleh guru secara atas talian untuk subjek Bahasa Inggeris yang diajar dengan cara yang lebih smart.
   
Aktiviti 

1. Hadiri kelas secara atas talian di applikasi Zoom.

2. Pelajar diberi modul di Google Drive sebelum kelas bermula.

3. Beberapa latihan dijalankan, latihan bertulis dan latihan cara sebutan perkataan.

Gambar Disini

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tarikh : 9 Mac 2022
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 8 orang

 

Tujuan 
Membantu komuniti menyemak lokasi pusat mengundi dan lokaliti butiran undian.
   
Aktiviti 

1. Menyemak lokaliti pengundi

2. Menyemak lokasi pusat undian untuk komuniti

3. Menyemak butiran undian seperti kawasan DUN yang perlu diundi

4. Menyemak calon wakil yang bertanding dalam pilihanraya 

Gambar Disini

 

Tarikh : 8 Mac 2022
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 7 orang

 

Tujuan 
Membantu komuniti Felda Linggiu menyelesaikan masalah berkaitan MY Sejahtera
   
Aktiviti 

1. Membuat QR Code Check-In untuk Premis

2. Pemindahan akaun My Sejahtera ke telefon lain

3. Mengemaskini status My Sejahtera

4. Kenali Status Risiko yang dibenarkan dan tidak dibenarkan masuk premis

5. Lain-lain soalan boleh dituju ketika sesi

Gambar Disini