Tarikh : 12 November 2023
Masa : 7.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 393 orang

 

Tujuan 

1. Menyambut Maulidur Rasul bersama komuniti Felda Linggiu untuk tahun 2023

2. Memupuk rasa cinta pada Rasulullah S.A.W dalam diri setiap muslim yang hadir

3. Mengeratkan silaturrahim bersama komuniti

   
Aktiviti 

1. Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kampung telah diadakan

2. Majlis juga turut menjemput penceramah jemputan sebagai pengisian majlis iaitu As-Sheikh Haji Nujaimi bin Muhamad

3. Majlis diteruskan dengan qasidah dari Tahfiz Al Jauhar Kg Lukut

4. Majlis diteruskan dengan penyampaian untuk semua pertandingan yang diadakan terlebih awal sebelum 12hb November 2023.

5. Kuiz ICT Kuiz Online Maulidur Rasul oleh PEDi Felda Lingigu telah pun diadakan pada 2 -7 November 2023

6. Penyampaian hadiahnya diadakan pada sambutan majlis ini. Hadiah disampaikan oleh YB Rashidah Ismail, ADUN Pasir Raja diiringi oleh Pengerusi Masjid Felda Linggiu, Ustaz Halim Abdullah

7. Majlis ditutup dengan jamuan berkonsepkan dulang

8. Pelbagai pertandingan diadakan sebelum majlis, antaranya ialah :

-pertandingan sepanduk

-pertandingan tulisan khat

-pertandingan azan

-pertandingan menjawikan puisi

-pertandingan hafazan

-pertandingan mewarna

-pertandingan kuiz online (oleh PEDi)

Gambar Disini

Tarikh : 11 November 2023
Masa : 3.00 petang - 5.30 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

1. Peserta dikenalkan dan didedahkan dengan tutorial untuk buat quotation syarikat

2. Mengajar peserta supaya dapat menghasilkan satu dokumen sebut harga yang rasmi beserta butiran syarikat yang diperlukan 

   
Aktiviti 

1. Petugas mengajar peserta membuat dokumen sebut harga syarikat

2. Petugas mengajar dan menunjukkan garis panduan kepada peserta mengenai tutorial membuat quotation untuk syarikat

Gambar Disini 

Tarikh : 9 November 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

1. Peserta dikenalkan dan didedahkan dengan tutorial letterhead surat rasmi

2. Peserta dapat menghasilkan surat rasmi yang nampak lebih ekslusif dimana menampakkan logo serta butiran rasmi persatuan/syarikat

3. Mempelajari jenis font yang sesuai untuk letterhead

   
Aktiviti 

1. Petugas mengajar peserta membuat letterhead surat

2. Petugas mengajar dan menunjukkan garis panduan kepada peserta mengenai tutorial membuat letterhead surat

Gambar Disini 

Tarikh : 10 November 2023
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Memupuk sikap membaca di kalangan pelajar tanpa membuang masa dengan bermain game di PEDi
   
Aktiviti 

1. Satu inisiatif oleh Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Johor sebagai kaedah alternatif bagi memudahkan perekodan aktiviti bacaan NILAM di Negeri Johor

2. Pelajar membaca buku secara online di laman web nilam

3. Pelajar memperoleh sijil dari pihak sekolah sekiranya lengkap beberapa objektif NILAM yang ditetapkan

Gambar Disini

Tarikh : 4 November 2023
Masa : 11.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 

Memberi pendedahan sasaran pengguna dengan lebih tepat di platform seperti Facebook, Instagram, Tiktok

   
Aktiviti 

1. Mempelajari digital marketing dengan kuasai AI

2. Pelajar mempelajari cara mengatasi masalah urus content poster, video dan iklan berbayar

3. Peserta join kursus secara online di rumah

Gambar Disini