Tarikh | : 17 November 2023 |
Masa | : 2.30 petang - 5.30 petang |
Lokasi | : PEDi Felda Linggiu |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan penggunaan komputer 2. Memahirkan pelajar belajar secara digital dan pembelajaran yang lebih santai 3. Memberi peluang dan pendedahan ICT kepada pelajar 4. Pelajar mempelajari cara menggunakan dan mengendalikan perkakasan komputer yang terdapat di PEDi 5. Melahirkan pelajar yang celik IT dengan menjawab kuiz dalam talian |
|
Aktiviti | |
1. Pembelajaran dalam talian, belajar secara smart 2. Pelajar memulakan pembelajaran dengan melayari laman sesawang abcya.com 3. Setiap soalan yang dijawab dibincangkan bersama untuk cara penyelesaian dan jawapan yang betul |
|
Tarikh | : 16 November 2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Felda Linggiu |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan | |
1. Program Microsoft Skills For Jobs - Bersama Malaysia adalah salah satu program kerjasama MCMC dan Biji-Biji Initiative dalam komuniti melalui PEDi 2. Program peningkatan kemahiran digital yang direka untuk menyediakan rakyat Malaysia akses yang lebih baik kepada pekerjaan bergaji tinggi 3. Dapat memudahkan peserta dalam mencari kerja menggunakan Microsoft Skills ini 4. Membantu mencapai matlamat untuk merapatkan jurang kemahiran dan meningkatkan bilangan bakat digital dalam komuniti |
|
Aktiviti | |
1. Kursus Microsoft Skills melalui laman web e-latih dimana peserta boleh mendaftar, mengikuti pelbagai jenis kursus Microsoft Skills dan memperolehi e-sijil setelah menepati kriteria yang ditetapkan. Peserta boleh melayari e-latih ini secara percuma dan mendapatkan peluang memahirkan kemahiran dalam Microsoft 2. Untuk melayakkan diri untuk menang RM100, peserta mendaftar di e-LATiH & lengkapkan kursus Microsoft di e-LATiH sehingga mendapat sijil, screenshot gambar sijil, muatnaik dan pos di LinkedIn dan gunakan hashtag #SkillsForJobsMY, setiap bulan Microsoft akan memilih 20 orang pemenang 3. Untuk melayakkan diri untuk menang laptop Microsoft Surface peserta mendaftar di e-LATiH & lengkapkan kursus Microsoft di e-LATiH sehingga mendapat sijil, dapat tawaran kerja dan pos mengenai perjalanan pelajari kursus Microsoft sehingga mendapat kerja dan lampirkan Surat Tawaran Kerja (kaburkan maklumat penting seperti no kad pengenalan), muatnaik dan pos di LinkedIn dan gunakan hashtag #SkillsForJobsMY |
|
Tarikh | : 15 November 2023 |
Masa | : 10.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : PEDi Felda Linggiu |
Peserta | : 23 orang |
Tujuan | |
1. Memperluaskan pengetahuan STEM di kalangan kanak-kanak seawal 3 tahun 2. Membentuk minat kanak-kanak seawall 3 tahun cenderung ke arah STEM dan reka cipta 3. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal 3 tahun, bagaimana sebuah kapal selam berupaya tenggelam dan timbul menggunakan ilmu sains daya keapungan 4. Membuka pemikiran kanak-kanak dengan lebih jauh kedepan dan menghubungkan sel-sel otak ke arah sains dan alam sekitar |
|
Aktiviti | |
1. Petugas membuat persediaan aktiviti dengan menyediakan beberapa peralatan seperti gambar kapal selam dicetak dari internet, gunting, pensil warna, klip kertas, salotape, botol air mineral dan straw 2. Petugas memberi tunjuk ajar bagaimana cara hendak menghasilkan kapal selam yang berupaya tenggelam timbul di dalam botol berisi air 3. Aktiviti dimulakan dengan mewarna kapal selam, balut lukisan kapal selam yang siap diwarnakan menggunakan salotape, gunting dan tampal straw belakang kapal selam, sangkut klip kertas pada straw 4. Isi botol air mineral dengan air paip, masukkan set kapal selam 5. Petugas membuat demonstrasi teknik tenggelam timbul kapal selam dengan cara memicit botol untuk kapal selam tenggelam dan lepaskan botol untuk kapal selam berada di permukaan air |
|
Tarikh | : 15 November 2023 |
Masa | : 11.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Felda Linggiu |
Peserta | : 23 orang |
Tujuan | |
1. Membantu kanak-kanak menguasai kemahiran bertutur 2. Menggalakkan perkembangan bahasa kanak-kanak 3. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak dengan bercakap bahasa-bahasa sopan apabila bertutur seawal 3 tahun 4. Menguatkan daya pemikiran kanak-kanak |
|
Aktiviti | |
1. Pelajar mempelajari ucapan-ucapan asas apabila bertemu dengan orang 2. Petugas membuat persediaan dengan mencari video-video bersesuaian di Youtube sebagai bahan mengajar 3. Sesi dimulakan dengan pembentukan kumpulan pelajar kepada dua orang satu Kumpulan 4. Sesi percubaan bercakap dimulakan, dengan dimulai dengan ucapan asas seperti Assalamualaikum, Selamat Pagi, terima kasih dan banyak lagi |
|
Tarikh | : 15 November 2023 |
Masa | : 9.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : PEDi Felda Linggiu |
Peserta | : 23 orang |
Tujuan | |
1. Memperluaskan pengetahuan STEM di kalangan kanak-kanak seawal 3 tahun 2. Membentuk minat kanak-kanak seawall 3 tahun cenderung ke arah STEM dan reka cipta 3. Memberi pendedahan kepada kanak-kanak seawal 3 tahun, bagaimana terhasilnya electrostatic hanya dari geseran daripada dua barang 4. Membuka pemikiran kanak-kanak dengan lebih jauh kedepan dan menghubungkan sel-sel otak ke arah sains dan alam sekitar |
|
Aktiviti | |
1. Pelajar mempelajari apa itu electrostatic dan bagaimana ia terhasil 2. Petugas membuat persediaan aktiviti dengan menyediakan beberapa peralatan seperti batang paip pvc, kain lap, dan serpihan kertas terpakai yang dikoyakkan 3. Petugas membuat demonstrasi bagaimana terhasilnya electrostatic dengan cara menggosok batang paip dengan kain dan membuat demonstrasi serpihan-serpihan kertas ditarik oleh batang paip 4. Para pelajar diberi peluang mencuba ulang demostrasi yang telah ditunjukkan |
|