Tarikh : 11 Oktober 2023
Masa : 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

1) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam penguasaan bacaan dan tulisan jawi.

2) Memahirkan pelajar belajar secara digital

3) Pembelajaran yang lebih santai untuk subjek Jawi.

   
Aktiviti 

1) Kelas dimulai dengan menjawab soalan kuiz Kahoot.

2) Sesi belajar diteruskan dengan permainan pendidikan Wordwall.

3) Pelajar dikehendaki menulis semula jawapan untuk kuiz kahoot dan wordwall dalam tulisan jawi.

4) Kelas diteruskan dengan penguasaan dalam bacaan surah-surah pendek.

5) Setiap soalan yang dijawab dibincangkan bersama untuk cara penyelesaian dan jawapan yang betul

6) Pelajar menghafal surah pendek yang telah ditetapkan mengikut silibus.

7) Pelajar dapat menghafal surah-surah pendek.

8) Pelajar mempelajari cara menggunakan dan mengendalikan perkakasan komputer atau tablet yang terdapat di PEDi.

9) Pembelajaran dalam talian, belajar secara smart.

Gambar Disini

Tarikh 06 Oktober 2023
Masa : 2.30 petang - 5.30 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 

1) Meningkatkan kemahiran pelajar dalam subjek Mandarin.

2) Memahirkan pelajar belajar secara digital

3) Pembelajaran yang lebih santai untuk subjek Mandarin.

   
Aktiviti 

1) Petugas tunjuk ajar cara belajar di platform Wordwall.

2) Sesi pembelajaran diteruskan dengan permainan pendidikan Wordwall.

3) Pelajar belajar sambil menjawab soalan di Wordwall dalam Bahasa Mandarin.

4) Pelajar dapat menguasai Bahasa Mandarin dengan lebih baik.

5) Pembelajaran dalam talian, belajar secara smart.

6) Setiap soalan yang dijawab dibincangkan bersama untuk cara penyelesaian dan jawapan yang betul.

Gambar Disini

Tarikh : 21 September 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 
Membuka peluang pada usahawan dan komuniti untuk menambah pendapatan melalui tik tok shopper.
   
Aktiviti 

1. Memberi tunjuk ajar usahawan cara untuk tambah pakej affiliate di dalam Tiktok Shop.

2. Memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara tambah produk ke dalam Tiktok Shop.

3. Memberi tunjuk ajar kepada usahawan cara-cara untuk search produk yang sudah di-affiliate kan melalui Product Marketplace.

4. Memberi tunjuk ajar secara keseluruhan untuk setting alamat delivery.

5. Memberi tunjuk ajar cara tambah akaun bank untuk tujuan commision withdrawal.

6. Memberi tunjuk ajar cara melihat order yang diterima, serta cara untuk cetak waybill jika terima sesuatu order.

Gambar Disini

Tarikh 03 Oktober 2023
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

1) Berkongsi cara untuk membuka akaun ezbiz SSM.

2) Tutorial pembukaan akaun ezbiz SSM dan pendaftaran perniagaan melalui SPPP.

3) Usahawan mempelajari cara bagaimana untuk membuka akaun ezbiz sendiri di laman sesawang SSM dari A sampai Z.

4) Usahawan diberi pendedahan bahawa terdapat skim yang dinamakan SPPP untuk golongan usahawan B40 bagi mendaftarkan perniagaan secara percuma.

   
Aktiviti 

1) Usahawan diberi tunjuk ajar tutorial cara membuka akaun ezbiz, bermula dari memuatnaik dokumen sokongan seperti kad pengenalan diri, lessen memandu/sijil kelahiran beserta gambar memegang kad pengenalan diri untuk pengesahan diri.

2) Usahawan juga diberi tunjuk ajar untuk membuat temujanji di laman sesawang SSM bagi pengesahan diri secara video call dari pihak SSM.

3) Usahawan juga mempelajari cara mendaftarkan perniagaan dari bermulanya nama perniagaan sehingga pembayaran.

Gambar Disini

Tarikh : 18 September 2023
Masa : 10.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 24 orang

 

Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada pelajar seawal umur 3 – 4 tahun untuk membuat satu frame gambar yang dihasilkan sendiri sekaligus dapat menimbulkan perasaan ingin mencuba dalam diri mereka.

2. Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

3. Meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

4. Meningkatkan daya saing dan pemikiran kearah Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi kepada pelajar dan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

1. Bahan-bahan disediakan oleh petugas dari bahan terbuang (kertas recycle) dan gam

2. Pelajar literasi dibekalkan dengan lukisan beserta pasir bewarna untuk disiapkan dan digantung bersama frame gambar yang siap dibentuk

3. Pembelajaran STEM dan rekacipta frame gambar untuk pelajar literasi

Gambar Disini Video Disini