Tarikh : 25 - 28 Ogos 2023
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu (Platform Kahoot)
Peserta : 10 orang

 

Tujuan 

1. Menguji dan menambah ilmu pengetahuan tentang sejarah Malaysia

2. Meningkatkan tahap kepakaran menjawab kuiz secara digital

3. Melahirkan pelajar yang peka dengan sejarah dan fakta tentang negara sendiri

   
Aktiviti 

1. Peserta perlu mengisi Google Form untuk mendaftar penyertaan

2. Penyertaan dibuka untuk pelajar dibawah usia 17 tahun sahaja

3. Di penghujung Google Form, terdapat link Kahoot untuk peserta menjawab kuiz yang berkisarkan tentang sejarah Malaysia

4. Kuiz Kahoot tersebut disediakan sendiri oleh Pengurus PEDi Felda Linggiu, dimana bahan kuiz diperoleh dari sumber buku teks sekolah dan Google

5. Kuiz dijawab oleh peserta secara online dimana jua peserta berada

6. Pada tarikh tutup, pemenang diumumkan

7. Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Pengurus PEDi Felda Linggiu, diiringi oleh Pengurus Felda Linggiu di Sambutan Hari Kebangsaan & Hari Malaysia Peringkat Felda Linggiu pada 16 September 2023 di Dewan Serbaguna Felda Linggiu

8. Pendaftaran → https://rb.gy/i4wc5

Gambar Disini

Tarikh : 26 - 30 Ogos 2023
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 31 orang

 

Tujuan 
Memberi peluang kepada Ikon Usahawan PEDi untuk mengetengahkan produk masing-masing sekaligus memberi peluang mereka membuat jualang langsung di tempat awam. Selain itu juga, PEDi ingin memperkenalkan Ikon Usahawan PEDi kepada penduduk setempat.
   
Aktiviti 

1. Ikon Usahawan PEDi 2023 berpeluang memperkenalkan produk mereka kepada penduduk setempat

2. Jualan langsung diadakan di garaj PEDi Felda Linggiu

Gambar Disini

Tarikh : 25 Ogos 2023
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Mempelajari dan memahami penggunaan Microsoft PowerPoint
   
Aktiviti 

1. Pengenalan awal tentang Microsoft PowerPoint

2. Pembelajaran asas secara praktikal mengikut silibus modul yang telah disediakan oleh petugas terlebih awal sebagai garis panduan pembelajaran.

3. Sesi soal jawab

4. Peperiksaan secara praktikal di akhir sesi kelas

5. Penyemakan peperiksaan ke atas semua peserta

6. Penyampaian sijil penyertaan & sesi penggambaran

Gambar Disini

Tarikh : 5 - 26 Ogos 2023
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu (Platform Tiktok)
Peserta : 4 orang

 

Tujuan 

1. Mengasah keyakinan diri kanak-kanak seawal 6 tahun untuk bercakap di depan kamera

2. Dapat mencungkil bakat bercakap dengan penuh keyakinan diri

3. Dapat memberi pendedahan terhadap tahap ke-kreatifan dalam diri peserta ketika mengolah ayat

   
Aktiviti 

1. Penjaga kepada peserta dikehendaki merekod satu video, dimana peserta perlulah memakai pakaian beragam atau pakaian kebangsaan, dan memulakan ucapan, “Saya Sayang Malaysia kerana …”

2. Video haruslah tidak lebih dari 30 saat dan bersaiz 9:16

3. Penjaga peserta haruslah mendaftar di link Google Form dan memuatnaik video di link tersebut

4. Petugas PEDi akan memuatnaik video tersebut dan tag peserta di platform TikTok

5. Peserta akan mula mempromosi video masing-masing untuk tujuan meraih views dan like

Gambar Disini

Video: Tempat Pertama

Video: Tempat Kedua

Video: Tempat Ketiga

Video: Kategori Khas

Video: Keputusan Pemenang

Tarikh : 24 - 30 Ogos 2023
Masa : 9.00 pagi - 6.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 18 orang

 

Tujuan 
Memperluaskan pengetahuan STEM di kalangan pelajar sekolah menengah rendah
   
Aktiviti 

1. Petugas menyediakan satu kuiz yang berkaitan STEM di Google Form

2. Pelajar diberi link untuk dijawab dan mempelajari STEM

3. Link: https://rb.gy/fptqa

4. Pelajar menjawab soalan kuiz dan melayari satu e-pembelajaran yang diberi, menjawab soalan di Google Form, silibus berkisar tentang STEM

5. Untuk pemarkahan kuiz tersebut, sesiapa yang mendapat markah 75% keatas, akan memperoleh e-sijil secara automatic di emel masing-masing setelah selesai menjawab

Gambar Disini