Tarikh : 18 Ogos 2023
Masa : 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Mempelajari sebutan suku kata mudah dengan teknik pembelajaran secara digital.
   
Aktiviti 

1. Pelajar menyebut sebutan suku kata mengikut seperti yang ditayangkan di dalam video

2. Pelajar mempelajari sebutan suku kata dengan cara digital menggunakan video di tablet

3. Pelajar dibekalkan satu poskad sebutan suku kata sebaga hadiah dari PEDi untuk kukuhkan lagi sebutan suku kata dengan cara praktis lagi di rumah

Gambar Disini

Tarikh : 18 Ogos 2023
Masa : 10.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 53 orang

 

Tujuan 
Mereka Cipta Reka Bentuk Kereta Lumba Diy.
   
Aktiviti 

1. Petugas bantu menyediakan peralatan mereka cipta kereta diy seperti gam, batang aiskrim, getah, lidi, straw, penutup botol yang telah ditebuk lubang ditengah dan bateri terpakai.

2. Petugas memberi penerangan dan tunjuk demonstrasi cara mereka cipta kereta diy.

3. Pelajar mula membuat kereta diy dengan menggunakan bahan – bahan yang disediakan dibantu oleh petugas dan cikgu.

Gambar Disini

Tarikh : 10 Ogos 2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 2 orang

 

Tujuan 
Petugas memberi tunjuk ajar mengenai cara penulisan novel yang lebih baik.
   
Aktiviti 

1. Petugas memberi tunjuk ajar cara menulis novel di Microsoft Word dan mengarang novel serta menulis dengan lebih teratur.

2. Petugas memberi tunjuk ajar dan idea mengenai platform yang boleh digunakan untuk menerbitkan ebook beliau seperti FlipHTML5, Amazon KDP, Smashwords, Draf2Digital dan scribd.

3. Petugas memberi idea serta tunjuk ajar kepada peserta mengenai bahan bacaan dalam online yang boleh kita ambil atau ikut seperti plot,watak dan kesudahan novel tersebut.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Ogos 2023
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu (Online)
Peserta : 6 orang

 

Tujuan 
PEDi menghantar beberapa usahawan setempat untuk memberi peluang kepada mereka untuk menimba ilmu keusahawanan lebih kepada teknik pemasaran
   
Aktiviti 

Berikut adalah antara program dalam Program eUsahawan :

  • Fundamental – Coach Sha Jamilah
  • Copywriting – Coach Hadi
  • Canva – Coach Salwa
  • Search Engine Optimization (SEO) – Cikgu KB
  • Google Profil Bisness – Cikgu KB
  • LMS (https://lms.go-ecommerce.my/) – Coach Najib
  • Tik Tok – Coach Ejul
  • WhatsApp Business – Coach Iffa
  • Facebook Professional Mode & Marketplace – Coach Wan

Gambar Disini

Tarikh : 9 Ogos 2023
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 1 orang

 

Tujuan 
Untuk merangsang potensi pembelajaran kanak-kanak melalui sistem kumon dengan kiraan matematik dengan lebih cekap dan pantas.
   
Aktiviti 

1.Pengurus PEDi membuat kuiz sendiri menggunakan Kahoot dimana kuiz terbabit mengandungi silibus subjek matematik khas untuk pelajar sekolah rendah.

2.Pelajar menggunakan tablet untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi

Gambar Disini