Tarikh : 20 Julai 2023
Masa : 11.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 53 orang

 

Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada pelajar seawal umur 5 -6 tahun tentang STEM IoT yang dihasilkan sekaligus dapat menimbulkan perasaan ingin mencuba dalam diri mereka.

2. Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

3. Meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.

   
Aktiviti 

1. Petugas menyediakan beberapa unit projek STEM IoT seperti Mini Dryer, Mini Vacuum Cleaner, Tangan Robotik dan Lampu Lantern untuk para pelajar mencuba dan mengoperasi unit projek tersebut

2. Petugas membuat demontrasi bagaimana unit projek berfungsi

3. Setelah penerangan selesai, semua pelajar diberi peluang mencuba semua unit projek yang dipamerkan

Gambar Disini Video Disini

Tarikh : 20 Julai 2023
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 53 orang

 

Tujuan 

Untuk merangsang minat pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui suasana pembelajaran secara interaktif dan lebih ke arah ICT dan digital.

   
Aktiviti 

1. Pengurus PEDi membuat kuiz sendiri menggunakan Kahoot dimana kuiz terbabit mengandungi silibus pendidikan untuk pelajar seawal 5 - 6 tahun.

2. Pelajar dibentukkan kepada beberapa kumpulan untuk membentuk kerjasama menjawab soalan kuiz.

3. Kuiz ditayangkan di skrin Smart TV dimana pelajar pula akan menggunakan tablet masing-masing untuk menjawab soalan berdasarkan beberapa pilihan jawapan yang diberi.

Gambar Disini Video Disini

Tarikh : 15 Julai 2023
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 53 orang

 

Tujuan 

1. Pendidikan STEM adalah berasal daripada singkatan SMET iaitu Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi.

2. Meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.
   
Aktiviti 

1. Mereka cipta lantern.

2. Menekankan konsep komponen 4K iaitu komunikasi, Kerjasama, kreativiti dan pemikiran kritikal seperti yang terkandung di dalam pembelajaran abad ke -21 serta kemahiran berfikir aras tinggi.

Gambar Disini

Tarikh : 16 Julai 2023
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang
Lokasi : Bilik Seminar, Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi, Sungai Telor
Peserta : 37 orang

 

Tujuan 

PEDi membawa 7 orang usahawan PEDi (usahawan makanan) untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi bertujuan memberi pendedahan kepada usahawan PEDi tentang teknologi retort dalam perniagaan makanan

   
Aktiviti 

1. Fasilitator memberi pengenalan tentang teknologi retort kepada para peserta yang hadir kursus

2. Fasilitator turut memberi perkongsian tentang proses retort dari segi suhu, bekas makanan, jenis-jenis mesin retort, jenis-jenis makanan yang boleh di retort, berapa lebar seal yang patut digunakan dan banyak lagi

3. Fasilitator menunjukkan secara praktikal cara-cara melakukan proses meretort makanan

4. Fasilitator berkongsi Do & Don'ts semasa proses retort dijalankan

5. Proses penyampaian sijil kepada peserta dari pegawai Pejabat Pertanian Kota Tinggi

6. Sesi bergambar bersama

Gambar Disini Video I Disini Video II Disini

Tarikh : 15 Julai 2023
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengahari
Lokasi : PEDi Felda Linggiu
Peserta : 3 orang

 

Tujuan 
Kursus WAJIB yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi semua pengendali makanan.
   
Aktiviti 

1. Penerangan menyeluruh oleh tenaga pengajar kepada peserta tentang konsep menyeluruh sebagai seorang pengendali makanan.

2. Sebanyak 1 ujian pra, 3 kuiz dan 1 ujian akhir di setiap segmen kursus untuk memastikan peserta memahami kursus yang dijalankan sekaligus peroleh sijil setelah tamat kursus.

Gambar Disini